USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KECEMERLANGAN MAKMAL USM DIIKTIRAF

DSC 5421 800x600

KUALA LUMPUR, 11 September 2017 – Kecemerlangan dua makmal Universiti Sains Malaysia (USM), masing-masing Preclinical Translational Unit, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (PTU-IPPT) dan Analytical Biochemistry Research Centre (ABrC) diiktiraf dengan anugerah oleh Bioeconomy Development Corporation di sini hari ini.

ABrC dianugerahkan Bionexus Partner (BNP) Excellence Award 2017 manakala PTU-IPPT dianugerahkan Bionexus Partner (BNP) Laboratory Status yang sah sehingga 31 Disember 2021.

DSC 5407 800x600 640x480lk

DSC 5412 800x600 640x480jk

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya yang mewakili Menteri MOSTI bersempena pembukaan BioMalaysia and Asia Pacific Bioeconomy 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

DSC 5416 800x600

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf kecemerlangan makmal BNP sedia ada dan baharu yang menyediakan akses industri kepada perkhidmatan, kemudahan dan kepakaran makmal untuk menyokong pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan berasaskan bio.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1148

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024