USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GALAKSI R-3 DAN PROTECH RAIH ANUGERAH EMAS

WhatsApp Image 2017 08 16 at 6.57.59 PM

BATU FERINGGHI, 18 Ogos 2017 – Kumpulan Galaksi R-3 dan Protech daripada Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Utara 2017 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini baru-baru ini.

Pada tahun ini, Kumpulan Galaksi R-3 atau GR-3 mempertaruhkan produk inovasi mereka yang diberi nama Pro-Gait17.

Menurut Ketua Kumpulan GR-3, Syuhadah Sufian, Pro-Gait17 merupakan alat untuk membantu pesakit yang mengalami masalah untuk berjalan.

“Melalui penggunaan alat ini, masa rawatan berjaya dikurangkan dengan mengekalkan kualiti rawatan yang sama dan tempoh pemulihan menjadi lebih cepat.

“Strukturnya yang ringan, ringkas, mudah alih, selamat dan ergonomik dapat memberikan latihan senaman 3 dalam 1 iaitu berjalan, koordinasi dan keseimbangan tubuh,” jelasnya.

Menurut Syuhadah lagi, “berdasarkan potensi, alat ini mampu memberi impak yang besar kepada pemegang taruh khususnya pesakit, komuniti dan kumpulan optimis.”

“Kami yakin alat ini boleh dikomersialkan dengan lebih jauh kerana ia merupakan satu-satunya alat bantuan berjalan yang menggabungkan fungsi hoist dan gerakan elliptical yang mudah alih di Malaysia.”

Sebelum ini, Kumpulan GR-3 telah menghasilkan inovasi Medi-Bike Exerciser dan menempa pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

20953008 571427259648054 6715362183472294788 n

Bagi kumpulan Protech pula, hasil inovasi sistem e-Method Verification atau singkatannya e-MEVA mampu mengatasi masalah ketika melakukan pengiraan dalam proses verifikasi kaedah ujian diagnostik perubatan yang mana ianya terkandung dalam klausa MS ISO 15189:2014 mewajibkan setiap makmal diagnostik perubatan melakukan proses verifikasi tersebut.

Menurut Muhammad Amali Kamarudin selaku ketua kumpulan Protech, kejayaan ini bukan hanya juara semata-mata tetapi hasil kerjasama daripada ahli kumpulan yang tidak pernah berputus asa dan merungut dalam segala tugasan yang diberikan.

“Apa yang dilakukan merupakan niat ikhlas mereka dari hati untuk berfikiran secara kreatif dan inovatif dalam melakukan segala tugasan hakiki mahupun sukarela.”

“Kami akan melakukan penambahbaikan bagi memenuhi keperluan terkini pada peringkat antarabangsa dengan menjadikan sistem e-MEVA lebih canggih dan berfungsi mengikut keperluan pengguna sebaiknya.”

“Selain itu, kumpulan kami akan berusaha mendapatkan hak cipta dan juga cuba untuk memasarkannya bagi menyahut seruan organisasi dalam melakukan penjanaan hasil daripada produk inovasi,” tambahnya lagi.

Teks: Mohd Faisal Jamaludin

  • Created on .
  • Hits: 1017

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024