USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTPM RINTIS PEMBELAJARAN MAYA MELALUI IOEC KALI KE-5

4 800x600

PULAU PINANG, 25 Ogos 2017 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi perintis dalam mereka cipta pertandingan Esei Dalam Talian Peringkat Antarabangsa (International Online Essay Competition, IOEC 2017) dengan kolaborasi strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan Sekolah Kebangsaan Minden Height Pulau Pinang bermula sejak dari tahun 2013 lagi.

IOEC 2017 kali ini telah berjaya mendapat 1,707 penyertaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dari 157 buah sekolah daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea Selatan.

Majlis perasmian penutupan IOEC 2017 disempurnakan oleh wakil Naib Canselor USM iaitu Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya yang juga adalah Pengarah PTPM.

Menurut Wan Ahmad Jaafar, IOEC merupakan satu inovasi yang direka bentuk secara pembelajaran maya merentasi sempadan geografi dan budaya, termasuk menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk melahirkan idea dan pendapat melalui penulisan esei secara dalam talian.

2 800x600

“Pertandingan IOEC dilihat sebagai satu wacana untuk kolaborasi strategik pelbagai pihak demi memartabatkan Pembelajaran Alaf Ke-21 menerusi pendekatan teknologi maya dan salah satu wadah dalam dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ini adalah selari dengan agenda USM sebagai peneraju dalam pelbagai bidang dengan motto Kami Memimpin,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah turut diadakan kepada para pemenang, yang juga disertai pegawai dan staf USM, guru-guru pengiring, hakim-hakim pertandingan dan ibu bapa. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan oleh murid-murid SK Minden Height.

3 800x600

Turut hadir di majlis tersebut adalah wakil Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Nadhirah Azman; Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohd Jamil Mohamed; Pengerusi IOEC 2017, Prof. Madya Dr. Zarina Samsudin, dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Sohire Yusof.

Teks sumbangan: Dr. Siti Nazleen Abdul Rabu/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Syed Azreezal Syed Ahmad Mufazzal

  • Created on .
  • Hits: 1488

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024