USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PPS USM TIMBA ILMU PEMERKASAAN KESENIAN DI INDONESIA

WhatsApp Image 2017 08 31 at 11.52.23 PM

PULAU PINANG, 1 September 2017 – Tiga orang pelajar Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM), Niny Amelia Binti Harmen (Rekabentuk Produk), Putri Intan Sari Binti Amrizal (Seni Halus) dan Norfatihah Binti Yusof (Seni Halus) telah mewakili universiti baru-baru ini ke Jakarta, Indonesia untuk Joint Summer Programme selama 9 hari (20-28 Ogos).

Menurut Norfatihah, program ini merupakan kerjasama antara Universitas Mercu Buana dan Universitas Indonesia yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia.

"Program tersebut telah mendedahkan pelajar tentang tradisi dan warisan batik Indonesia secara tradisional dan moden, termasuk teknik penghasilan, falsafah dalam rekaan, rekaan fesyen, tekstil fotografi, fabrik dan juga tarian tradisional Indonesia," katanya.

Tambahnya, pelajar juga dibawa ke Wisata Batik Komar, Bandung yang merupakan antara pengeluar batik terkemuka di Indonesia untuk mempelajari lebih lanjut tentang penghasilan batik secara komersil serta penyelidikan dan inovasi (R&I) dalam industri batik tempatan.

Program ini turut mengundang Ikon Batik Klasik Indonesia, Sakundria Satya Murti Wardhana untuk berkongsi ilmu mengenai pembangunan rekaan batik di Indonesia bukan sahaja dalam industri fabrik malah implementasi batik dalam rekabentuk dalaman dan rekaan produk. 

WhatsApp Image 2017 08 31 at 11.52.45 PM

Selain itu, Dr. Ali Akhbar yang juga merupakan pensyarah kanan Bahagian Arkeologi, Fakulti Kemanusiaan Universitas Indonesia turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau mengenai pemeliharaan warisan dan kepentingan aspek kesenian kepada masyarakat.

Seramai 18 orang pelajar dari empat buah negara telah menghantar wakil ke program berimpak ini iaitu dari Taiwan, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024