USM-RICD SUMBANG KERUSI RODA KHAS KEPADA OKU
PULAU PINANG, 29 Ogos 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kolaborasi dengan Rajanagarindra Institute of Child Development, Thailand (RICD) hari ini mengadakan Program Pengubahsuaian Khas dan Penyerahan Kerusi Roda kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
Pada tahun ini, pihak RICD bermurah hati untuk mendermakan 25 buah kerusi roda yang bernilai 365,000 Baht (RM47,000).
Menurut Pengarah Jaringan Komuniti Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Tuan Syed Yusof Syed Kechik, program ini telah dapat membantu ramai masyarakat OKU di Malaysia serta di Selatan Thailand.
“USM sebagai sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada masyarakat OKU, merasa bangga kerana dengan usaha ini, ia dapat membantu masyarakat OKU di Malaysia dan di Selatan Thailand.
"Anda semua amat bertuah kerana terpilih menjadi penerima kepada kerusi roda yang dibawa khas dari Thailand dan peluang ini amat jarang kerana setiap tahun hanya segelintir sahaja yang menerima kerusi roda," jelasnya yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Syed Yusof juga mengucapkan tahniah kepada Pasukan Kerusi Roda Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) kerana berjaya menjadikan projek ini sebuah projek yang ‘sustainable’ sejak ia dimulakan pada tahun 2013.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1346