USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RUMAH ALUMNI AKAN DIBINA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS USM

EAM 7305 800x600

PULAU PINANG, 26 Ogos 2017 - Semua alumni Universiti Sains Malaysia (USM) diseru untuk menyumbang bagi membantu membina Rumah Alumni sempena Sambutan Jubli Emas USM pada tahun 2019.

Menurut Presiden Persatuan Alumni USM, Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak yang juga mantan Naib Canselor USM, pihaknya kini dalam usaha mengumpul dana bagi merealisasikan hasrat ini dengan bantuan semua alumni USM.

 

EAM 7312 800x600

"USM sangat menyokong usaha ini dan berharap ianya diperluaskan ke Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan juga," kata Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di majlis makan malam Jom Balikampus 2017 yang diadakan di sini hari ini.

Seramai lebih kurang 250 alumni USM sejak 1971 hadir memeriahkan program sehari Jom Balikampus 2017 di Kampus Induk USM dengan pelbagai acara menarik termasuk jamuan makan malam.

EAM 7327 800x600

Pada majlis yang sama, dua orang staf USM dinobatkan sebagai Tokoh Awesome iaitu Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Profesor Dr. Mohamed Azmi Hassali dan juga Pegawai Kebudayaan Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Zulkefli Che Hussin.

Jom Balikampus dianjurkan oleh PAUSM setiap dua tahun sekali berselang seli dengan Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang.

EAM 7368 800x600

EAM 7396 800x600 800x600k

Turut hadir ialah Penaung PAUSM yang juga Pro Canselor USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, suami Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Ahmad Zakaria, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan para alumni USM dari pelbagai tahun graduasi.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1797

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024