USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BEKERJA JUGA SEPERTI BERMAIN RAGBI – ABDULLAH

20953901 10213780573692945 5909339102058270880 n

PULAU PINANG, 23 Ogos 2017 – Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Abdullah Wahab hari ini mengadakan sesi perkongsian lebih 25 tahun  pengalamannya dalam sektor awam dengan warga pentadbir dan juga akademik di USM.

“Bekerja ini adalah seperti bermain ragbi dan kita perlu mengadaptasikan pasukan rakan sekerja seperti sebuah pasukan ragbi yang perlu mempunyai beberapa kriteria,” kata Abdullah yang juga pemain ragbi ketika belajar di USM dahulu.

“Jika di dalam permainan ragbi kita perlu bermain secara berpasukan, begitu juga dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kita bekerja sebagai satu pasukan yang saling bekerjasama, hormat, percaya serta bersama-sama dalam apa keadaan sekalipun,” tambah Abdullah yang ditemani isteri, Datin Rafidah Abdul Jalil yang juga alumni USM.

20953963 10213780124241709 4951633099136395153 n

Abdullah, 67, anak kelahiran Kangar, Perlis pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha dan Setiausaha di Parlimen Malaysia bermula pada tahun 1980.

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan  di USM pada tahun 1976, Abdullah juga pernah berkhidmat di USM sebagai Pegawai Tadbir di Pusat Pengajian Sains Farmasi di bawah kepimpinan  N.A. Ogle (kemudianya Dato’), sebagai Pendaftar pada ketika itu.

20953997 10213780124521716 4897731697115263715 n

Semasa menjadi ahli LGU (dulunya dikenali sebagai Lembaga Pengarah Universiti (LPU)) sejak 2008, Abdullah telah mengetuai beberapa jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Audit Universiti.

Pada majlis yang sama, Pendaftar USM Profesor Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin berkata, program sebegini adalah sangat penting terutama pada ketika ini yang mana USM sedang menjalankan pengkayaan bakat dengan beberapa inisiatif lain termasuk penempatan silang dan keupayaan staf dalam pelbagai bidang atau multitasking.

20992603 10213780122761672 3955019691306872175 n

Program ini adalah anjuran Pusat Transformasi Insan (PTI) dan turut hadir ialah dekan-dekan serta Timbalan Pendaftar Kanan PTI, Mohamad Abdullah.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1422

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024