USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, SPEEQUAL JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG DAN TEKNOLOGI PENTERJEMAHAN

20840777 1508677545859940 8966967032156476379 n

USM, PULAU PINANG, 18 Ogos 2017 – Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) bersama SpeeQual Sdn. Bhd. untuk mengadakan kerjasama dalam memberi pendedahan dan menyediakan peluang latihan industri kepada pelajar terjemahan dan interpretasi (BATI) dari segi kemahiran menterjemah atau peranan sebagai jurubahasa.

Dekan PPIK, Professor Dr. Narimah Samat berkata dengan adanya persetujuan ini, ia akan dapat memberi peluang kepada SpeeQual Sdn. Bhd bagi berkongsi kepakaran untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SpeeQual Sdn. Bhd Indonesia, Tuan Afrizal Lisdianta berkata perjanjian kerjasama ini berkemungkinan dapat membantu pelbagai pihak dalam memperkukuhkan kemahiran bahasa dan juga membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan baru.

20952919 1508677665859928 7446512350073667271 n

“Kami terus mencari bahan dan servis yang terbaik, bukan sahaja bagi usaha penterjemahan, malah membentuk kemahiran dalam penggunaan teknologi ‘Machine Translation’ (MT), supaya mereka yang terlibat dalam bidang ini hanya perlu menjadi seorang editor di masa hadapan,” tambah Afrizal.

Perbincangan lanjut juga diadakan untuk mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua belah pihak bagi terus mengukuhkan lagi bidang penterjemahan.

20882357 1508677672526594 9072394644400176417 n

Yang turut hadir dalam sesi ini, Penyelaras Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi & Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi PPIK, Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong dan Ketua Jabatan Bahasa SpeeQual Sdn. Bhd Malaysia, Siti Sharwin Akmal.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi (Pelajar intern MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 1428

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024