PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA AHLI LGU USM – DATUK ABDULLAH ABDUL WAHAB
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bersama Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga alumni Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (1976), Datuk Abdullah Abdul Wahab akan berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa II, Kompleks Cahaya (KOMCA), mulai jam 9.00 pagi.
Sesi wacana transformasi insan ini dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar USM.
Datuk Abdullah Wahab mempunyai sejarah kerjaya panjang di Parlimen Malaysia, lebih 25 tahun sebagai Penolong Setiausaha dan Setiausaha yang melakukan banyak transformasi dan melalui pelbagai cabaran dalam pengurusan.
Beliau juga pernah menjadi pegawai tadbir USM sekitar 1976-1980 dan menerajui pelbagai jawatankuasa sebagai ahli LGU USM sejak 2008. Kini beliau juga terlibat dalam sektor korporat swasta.
Seluruh warga staf USM dialu-alukan untuk hadir di sesi perkongsian ini.
Teks: Pusat Transformasi Insan
- Created on .
- Hits: 1308