USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU JEMAAH HAJI PULAU PINANG MELALUI PROGRAM TAHA@U 2017

WhatsApp Image 2017 08 20 at 11.57.43 AM

PULAU PINANG, 20 Ogos 2017 - Sekretariat Kor Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menghantar pasukan sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar USM bagi membantu Tabung Haji menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dalam Program TAHA@U 2017.

Sekretariat ini meneruskan budaya tahunan apabila bagi tahun ini pelaksanaan program Taha@U berjalan lancar untuk membantu para jemaah Haji yang berangkat ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2017 08 20 at 11.50.08 AM

Bantuan diberikan dalam penerbangan jemaah haji yang pertama 18 Ogos 2017 yang lalu dan rata-rata sukarelawan menggambarkan pengalaman membantu jemaah ini telah memberikan mereka satu nilai yang besar dan kepuasan yang maksimum.

Program ini juga merupakan anjuran dan bantuan dari Lembaga Tabung Haji cawangan Bayan Lepas. Bagi penghantaran jemaah fasa 1, tarikh adalah dari 17-22 Ogos 2017.

WhatsApp Image 2017 08 20 at 11.50.03 AM

Untuk rekod, ini merupakan tahun kelima Sekretariat Kor Sukarelawan USM menjalin kerjasama dengan Tabung Haji dalam menjayakan Program TAHA@U 2017 dan mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni sejak dilancarkan pada 2012.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1277

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024