USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AWANG ADEK DILANTIK PENGERUSI BAHARU MARA

20840991 1505994386128256 4783835765511718831 n

PULAU PINANG, 15 Ogos 2017 - Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari 1983 hingga 1985, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu berkuatkuasa 1 September 2017, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkannya menerusi satu kenyataan hari ini, berkata pelantikan itu mendapat persetujuan daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimilikinya mampu memimpin MARA dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian ini demi mencapai objektif Transformasi Negara,” katanya.

Awang Adek menjadi Timbalan Menteri Kewangan dari 2006 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2004 hingga 2006. Beliau pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dari 2009 hingga 2013.

Awang Adek juga pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia di Amerika Syarikat bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi (1977) dari Drew University, Amerika Syarikat; Ijazah Sarjana (1981) dan Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi (1984) di Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1419

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024