USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM RAHAMAT BIVI DILANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PIDM

20664888 1503236889737339 5793124339149415892 n

Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa dari 15 Ogos 2017.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Samad Alias, yang telah tamat perkhidmatannya.

Rahamat Bivi menganggotai Lembaga Pengarah PIDM dari Januari 2012 hingga 2017 merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Rahamat Bivi memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1980, dan ijazah Sarjana Ekonomi dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. Beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Australian National University, Australia.

Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dan seluruh warga USM turut berasa bangga dengan perlantikan tersebut.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1380

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024