USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN NEGARA-NEGARA ASIA MELALUI PENYELIDIKAN

EAM 6285 800x600

USM, PULAU PINANG, 15 Ogos 2017 – Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menganjurkan program International Symposium in Science and Technology (ISST) 2017 untuk kali ke-12 di sini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan yang telah merasmikan simposium tersebut berkata, sebagai sebuah universiti penyelidikan, USM komited untuk terus menyediakan pendidikan yang berkualiti, latihan dan inovasi serta penyelidikan bertaraf dunia.

EAM 6298 800x600

"ISST menyediakan platform bagi para penyelidik, pensyarah dan pelajar untuk berkongsi hasil penyelidikan dan peluang mereka dalam mencari penyelesaian yang berpotensi dan memperkukuh hubungan yang telah dijalinkan sejak dahulu," kata Timbalan Dekan (Penyelidikan, Siswazah dan Jaringan) Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Profesor Madya Dr. Yahya Mat Arip, yang juga Pengerusi ISST 2017.

Simposium ini mempamerkan kolaborasi dan kerjasama pelbagai disiplin yang berterusan di antara para peserta dari beberapa universiti yang terlibat, selain penglibatan USM melalui Pusat Pengajian Sains Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pengajian Sains Komputer.

Simposium tahun ini turut mendapat penyertaan universiti dari negara-negara Asia seperti Kansai University (Jepun), Cheng Shiu University dan Chuan Yuan Christian University (Taiwan) serta Chulalongkorn University dan Thammasat University (Thailand).

EAM 6303 800x600

“Kita berharap pada simposium seterusnya yang bakal diadakan di negara Taiwan, lebih banyak program akan dilaksanakan, dengan inisiatif yang baharu dan memenuhi kemahiran yang berbeza,” kata Naib Presiden yang juga Dekan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Kansai University, Profesor Dr. Yutaka Maeda.

EAM 6310 800x60090

Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah dan Timbalan Dekan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Cheng Shiu University, Profesor Dr. Wu-Te Ko.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 967

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024