USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN TEATER PENDEK SEMPENA FESTIVAL CITRA SISWA 2017

jujdjfdj 800x600

PULAU PINANG, 14 Ogos 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus melebarkan penguasaannya dalam bidang teater apabila menjadi Johan Teater Pendek sempena Festival Citra Siswa 2017 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kelmarin.

Mempertaruhkan karya "Biarkan Aku Lena" arahan Shahmiey Odd, USM berjaya mengetepikan pencabar lain dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

Menurut Pegawai Kebudayaan, Unit Pembangunan Teater, Penerbitan dan Jaringan Komuniti, Ahmad Bin Hashim atau nama penanya 'Senibayan', kecil atau sebesar mana pun teater itu, pentasnya adalah wilayah untuk memahami manusia-manusia di sekeliling kita.

"Maha Genius Tuhan meletakkan kita berteater untuk mengerti tentang sebuah piala budi dan hati, bukan hipokrasi," jelasnya yang juga pengkarya teater ini.

Penasihat pasukan ini ialah Dekan Pusat Pengajian Seni merangkap Pengarah Dewan Budaya USM, Prof. Madya Omar Bin Bidin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1352

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024