USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SASAR PENGLIBATAN AKTIF AKADEMIA DENGAN INDUSTRI

IMG 0036
 
PULAU PINANG, 14 Apr 2015 -  Universiti Sains Malaysia (USM) mensasarkan sejumlah 40 peratus daripada lebih 2,000 ahli akademiknya berkolaborasi secara aktif dan konsisten dengan pihak industri menjelang tempoh tiga tahun akan datang.
 
Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, sehingga kini rekod USM menunjukkan lebih 800 daripada ahli akademiknya serta 1,000 kakitangan bukan akademik telah pun bekerja secara rapat dengan pihak industri dan komuniti.
 
Katanya, kolaborasi melalui anak syarikat USM, USAINS Hodings Sdn. Bhd itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pengkomersialan, perkhidmatan, konsultansi, latihan, pengurusan projek dan sebagainya,’’ katanya.
 
IMG 0057xfg
 
``Kerjasama universiti-industri ini perlu diperkukuhkan dan menjadi sebahagian usaha untuk memacu  penyelidikan dan inovasi, selain mengeratkan hubungan dengan pihak industri secara lebih menyeluruh dan berkesan.
 
``USM juga berharap kerjasama ini akan memberi lebih peluang kepada akademia untuk memperkukuhkan peranan sekaligus menyumbang dalam melonjakkan pendidikan negara demi masa depan negara ,’’ katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Rangkaian Pusat Pemindahan Steinbeis (STCN) bagi menggalakkan pemindahan ilmu dan teknologi dari akademia kepada industri di sini semalam.
 
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Mark Rozario, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan dan Pengarah Eksekutif Steinbeis Malaysia Foundation, Dr. Reezal Abdul Latif.
 
Omar juga berkata, STCNadalah satu platformyang memudahkankerjasamaantara universitidanindustri dan ia disifatkan sebagai satu inisiatif yang bertepatan dengan matlamat universiti untuk meningkatkan kolaborasi pintar dengan industri.
 
Ujar beliau, STCN memperlihatkan penglibatan 53 pakar-pakar dari USM yang bernaung di bawah Steinbeis bagi memberi perkhidmatan kepada industri selain mewujudkanlaluan lebih komprehensif untuk menggalakkan perkongsiankepakarandan pengetahuan.
 
``STCN diharap dapat merapatkan jurang industri dan akademik serta memberi kemudahan kolaborasi yang jauh lebih baik untuk kepentingan penyelidikan masa hadapan.
 
IMG 0122
 
``Dengan rangkaian yang ada juga kita akan dapat memperbanyakkan penglibatan universiti-industri, bukan sekadar perundingan tetapi juga memantapkan R&D untuk menghasilkan penyelidikan bertaraf kolaboratif dengan industri,’’ ujar beliau.
 
Dalam pada itu, SteinbeisFoundation Malaysiayang dilancarkan padaOgos tahun lalumerupakan inisiatifbukan keuntunganolehAIMyang menyediakanplatformindustriyang berfokuskanuntuk merangsangkerjasama antaraindustri dan ahli akademik dari perspektifyang didorong oleh pasaran.
 
Ia berasaskan kaedah Steinbeis Foundation Jerman yang telah terbukti berkesan dalam kerjasama antara ahli akademik dan PKS. Terdapat kira-kira 50 buah negara di seluruh dunia yang telah menerima pakai dan menggunakan model Steinbeis ini, antaranya ialah Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
Teks : Marziana Mohamed Alias / Foto : Mohd Fairus Md. Isa
  • Created on .
  • Hits: 1162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024