USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KURSUS SINGKAT ELEMEN KAS (KNOWLEDGE, ABILITY, SKILL) DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

20638581 10213666964972798 1379291939324604562 n

Pusat Transformasi Insan (PTI) menjemput semua yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di universiti, pusat pengajian, pusat tanggungjawab dalam mana-mana agensi untuk mengikuti Kursus Singkat Elemen KAS (Knowledge, Ability, Skill) Dalam Pengurusan Sumber Manusia pada hari Jumaat, 11 Ogos 2017, 8.30 pagi - 12.00 tengah hari di Dewan Bankuet USM.

Kursus akan dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Graduate School of Business (GSB) USM Dr. Junaimah Jauhar yang mempunyai kepakaran dalam Pengurusan Sumber Manusia, Organisational Behaviour dan Intellectual Capital Development.

Dr. Junaimah juga terlibat aktif dalam Pengurusan Dana Pasaran Saham untuk Lembaga Urusan Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, KWSP, dan pelbagai agensi.

Beliau pernah menjadi Pengurus Kanan di Amsteel Securities.

Beliau turut terlibat dalam aktiviti akademik di Dubai, Australia, Kanada, Indonesia dan banyak negara lain.

Kepakaran beliau membawanya terlibat melatih staf agensi awam dan industri swasta di bawah Executive Development Programme dalam Soft Skills termasuk Social Skills, Presentation Skills, Interpersonal Skills, Business and Office Etiquette, Dining Etiquette and Grooming. 
 
Yang berminat hubungi Pusat Transformasi Insan USM segera.

Teks: Mohamad Abdullah (PTI, USM)

  • Created on .
  • Hits: 1346

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024