USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SARENA ABDULLAH PENERIMA SULUNG ANUGERAH THE LONDON, ASIA RESEARCH AWARD

20431486 1492906424103719 3909532240971517936 n

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM),  Dr. Sarena Abdullah, telah dipilih sebagai penerima sulung anugerah The London, Asia Research Award.

Terpilih hasil dari proses pemilihan yang kompetitif, beliau akan menjalankan penyelidikan di Asia Art Archive (AAA), Hong Kong dan di Paul Mellon Centre (PMC), London di samping beberapa arkib serta perpustakaan di UK.

Projek yang dilaksanakan oleh Sarena akan menyingkap nilai artistik antara Malaysia dan Britain pada tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau menyifatkan projeknya sebagai mempersoalkan "penulisan dari sudut kenegaraan berkaitan sejarah hasil seni Malaysia yang sentiasa berpusatkan Kuala Lumpur."

Hasil dari itu, beliau menyedari bahawa tiadanya kajian tentang usaha pertukaran antara penggiat seni Malaysia dan pusat tumpuan seperti London semasa 1950-an dan 1960-an dalam konteks sejarah Malaysia.

Impak dari Barat, terutamanya Britain, sangat penting dalam penubuhan awal institusi seni moden di Malaysia.

Sarena akan mengkaji bagaimana terbentuknya hubungan Kuala Lumpur-London serta perubahan dan sokongan dalam konteks pasca-kolonial di Malaya. Beliau akan menerokai bagaimana ilmu seni moden dan perpindahan idea budaya boleh dibentuk semula melalui jaringan rangkaian para seniman dan pendidik seni, di antara pusat kolonial dan persekitarannya serta di sebaliknya, dari tahun 1950-an hingga pertengahan tahun 1970-an.

Penyelidikan ini akan disertai dengan kajian awal berkaitan para pendidik seni dan beberapa penggiat seni Malaysia yang pernah menerima pendidikan seni secara formal di Britain.

Bahagian kedua projek ini pula akan berfokuskan tentang pelbagai pameran antarabangsa yang telah diadakan oleh Balai Seni Visual Negara dari lewat 1950-an hingga lewat 1970-an, di antaranya seperti pameran yang dianjurkan oleh Institut Komanwel, London.

Sarena akan membentangkan hasil kajian beliau yang telah ditaja oleh The London, Asia Research Award melalui sesi ceramah dan majlis tertentu di London dan Hong Kong.

Terjemahan: Mohd Musa Adivijaya (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 1204

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024