SUKUM 2017: PASUKAN BERBASIKAL USM KEKAL PASUKAN TERBAIK IPT BAGI EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT
TANJUNG MALIM, 5 Ogos 2017 – Pasukan berbasikal Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengekalkan kegemilangan apabila meraih pasukan terbaik bagi empat tahun berturut-turut dalam Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2017.
Acara yang berlangsung di hari terakhir SUKUM 2017 ini melihatkan pasukan USM menguasai acara berbasikal apabila berjaya meraih 2 pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
Pingat emas diraih bagi acara lelaki berkumpulan dan keseluruhan acara berbasikal manakala perak pula dimenangi dalam acara VIP lelaki. Sementara pingat gangsa dimenangi dalam acara lelaki 'heavyweight'.
Pasukan sepak takraw USM turut menyumbang pingat di hari terakhir penganjuran SUKUM 2017 apabila pasukan lelaki veteran berjaya mendapat pingat gangsa.
Keseluruhan bagi SUKUM tahun ini, USM berada di tempat kedua di bawah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan kutipan pingat sebanyak 15 emas, 16 perak dan 15 gangsa.
Penganjuran SUKUM 2018 akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang.
Teks: Syuhada Abd. Aziz
- Created on .
- Hits: 1442