USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SERTAI PROGRAM JELAJAH UPU, KONGSI MAKLUMAT PENDIDIKAN KEPADA ORANG ASLI

20526188 1496536500407378 5658307818630375877 n

JELEBU, 5 Ogos 2017 - Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyertai Program Jelajah UPU bersama masyarakat orang asli Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut Penolong Pendaftar Kanan, Khairul Aswad Abd Aziz, program ini merupakan anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

20604166 1496536563740705 5506148143608270175 n

"Program turun padang ini bertujuan untuk mendekatkan lagi IPT dengan masyarakat orang asli di samping menyampaikan maklumat berkaitan pengajian yang ditawarkan di universiti serta mempromosikan lagi USM di kalangan masyarakat orang asli," jelasnya.

20526196 1496536510407377 6511203215454106460 n

20526052 1496536530407375 5428392391139282029 n

Tambahnya, program sebegini perlu diteruskan lagi kerana masyarakat orang asli perlu lebih didekati dan didedahkan dalam pemerkasaan aspek pendidikan buat mereka agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembangunan negara Malaysia.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT KPT, Mazula Sabudin dan turut disertai 5 buah sekolah dari kawasan berhampiran Jelebu yang dibawa khas ke program ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1149

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024