USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BOLING USM SUMBANG LIMA PINGAT KEPADA KONTINJEN USM DI SUKUM 2017

 WhatsApp Image 2017 08 08 at 1.36.20 PM

TANJUNG MALIM, 3 Ogos 2017 – Pasukan boling Universiti Sains Malaysia (USM) menutup tirai perlawanan boling hari ini dengan melakar kemenangan apabila meraih pingat emas dan perak di Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM).

Pingat emas diraih oleh pasukan boling lelaki manakala master wanita meraih pingat perak.

Secara keseluruhannya, untuk acara boling, USM meraih satu emas, tiga perak dan satu gangsa.

IMG 3173 800x600

Sementara itu, Pasukan Futsal USM turut menempah tempat ke peringkat suku akhir menentang Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada esok pagi.

Dalam pada itu, antara acara lain yang akan melibatkan USM pada esok hari ialah sepak takraw dan acara berbasikal, yang mana USM dijangka akan turut memberi saingan sengit.

IMG 2843 800x600

56

Pada kejohanan SUKUM kali ke-42 ini, USM menghantar kontinjen yang terdiri daripada 227 orang staf menyertai 16 daripada 21 acara sukan yang dipertandingkan.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1275

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024