USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN KENDALI KURSUS MENGURUS PTJ: CABARAN DAN STRATEGI

WhatsApp Image 2017 08 04 at 10.07.55 AM

PULAU PINANG, 2 Ogos 2017 - Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria akan berkongsi kepakaran dan pengalaman lebih 23 tahun dalam pentadbiran dan lebih 16 tahun menerajui kecemerlangan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) bersama warga kampus dan mereka yang berminat.

Kursus ini akan diadakan pada hari Isnin, 7 Ogos 2017, di Dewan Persidangan Universiti (DPU) mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Nor Azazi membuktikan keunggulannya sehingga membawa REDAC menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan  Tinggi (HICoE) dalam Teras Perkhidmatan  nic "Sustainable Urban Stormwater Management"  dengan memperolehi dana peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bernilai RM9 juta.

Pengiktirafan yang diterima pada tahun 2014 ini juga telah mencatat sejarah USM kerana REDAC adalah pusat penyelidikan pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan ini dalam Tujahan Perkhidmatan.

Kecemerlangan REDAC terbukti dengan keupayaan membawa masuk banyak projek perundingan daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan dengan nilai semasa projek-projek ini termasuk geran yang masih aktif adalah melebihi RM30 juta.

Beliau berjaya  membina rangkaian penyelidikan dengan pelbagai institusi dari luar negara dan antaranya daripada HR Wallingford United Kingdom, Deltares, Delft, Indian Institute Roorkee serta yang terbaru adalah daripada International Association for Hydro-Environment Engineering and Research (IAHR) yang merupakan Persatuan Air terbesar di dunia.

Yang berminat mengikuti kursus anjuran Pusat Transformasi Insan ini boleh menghubungi En. Mohd Faizal Md Osman di talian 04 653 6440 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau Nur Azirah Adnan di talian 04 653 6448 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Teks: Mohd Faizal Md Osman (Pusat Transformasi Insan USM)

  • Created on .
  • Hits: 1125

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024