USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FATIN GONDOL 4 EMAS DI KEJOHANAN MASUM 2017

IMG 6182

USM, PULAU PINANG, 1 Ogos 2017 - Ikon Warga Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Olahragawati MASUM 2015 dan 2016 Fatin Nur Fatehah Mat Salleh membanggakan warga USM apabila berjaya menggondol 4 emas dan 1 gangsa di Karnival Sukan MASUM 2017 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi baru-baru ini.

Bagi Fatin, kejohanan ini baginya adalah pemanas badan buatnya sebelum beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung bulan ini.

Gadis kelahiran Negeri di Bawah Bayu ini sentiasa beraksi penuh konsisten dengan tunjuk ajar daripada jurulatih yang juga bekas pemanah tersohor negara Mon Redee yang sentiasa mementingkan disiplin yang positif dan mempamerkan corak taktikal yang terbaik bagi pemantapan aksi beliau sendiri.

Fatin yang merupakan penuntut Pusat Pengajian Sains Perubatan USM telah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan memanah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau juga pernah memenangi beberapa kejohanan dunia iaitu Compound Wanita di Kejohanan Memanah Universiti Asia (1 emas), Kejohanan Memanah Piala Dunia 2015 (1 emas berpasukan), Kejohanan Memanah Piala Asia 2015 (1 perak berpasukan dan 1 gangsa individu), Kejohanan Memanah ASEAN 2015 (1 gangsa berpasukan), dan Sukan SEA ke-28 Singapura (3 emas untuk individu, berpasukan dan campuran).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1112

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024