USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKUM JULANG SEMANGAT PERPADUAN STAF UNIVERSITI

 20431480 1492244057503289 3924254442008788959 n

TANJUNG MALIM, 31 Julai 2017 - Penganjuran Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) dilihat terus menyatu dan menjulang semangat perpaduan kalangan warga staf universiti.

Kejohanan kali ini yang melibatkan 20 buah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) selain menyediakan medan untuk bertanding, juga membolehkan staf yang mengambil bahagian mengerat silaturrahim dan bertukar idea untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kader berkata SUKUM berupaya menyatukan semangat perpaduan warga staf universiti terutamanya membangunkan mutu sukan dan pendidikan peringkat universiti seterusnya negara.

20476342 1492244554169906 2962748971112629114 n

"Sejak tahun 1974 dianjurkan, saya melihat SUKUM amat membantu pembangunan sukan negara melalui pembangunan prasarana, fasiliti sukan dan persediaan atlet," katanya ketika merasmikan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-42 di Stadium UPSI, di sini malam ini.

Beliau turut berharap SUKUM yang setiap tahun penganjurannya menjadi wahana saling berhubung antara satu sama lain bagi memartabatkan sukan seiring pendidikan di negara ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato' Shahrol Zaman Yahya; Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato' Dr. Mohamad Shatar Sabran dan para Pegawai Utama Universiti Awam.

UPSI dipilih selaku tuan rumah SUKUM ke-42 yang berlangsung bermula 29 Julai sehingga 5 Ogos 2017.

20479961 1492241364170225 4602563500375640136 n

Pada kejohanan tahun ini, kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) terdiri daripada 227 orang staf menyertai 16 daripada 21 acara sukan yang dipertandingkan.

Sehingga hari ketiga kejohanan memperlihatkan USM terus unggul di tangga kedua dari keseluruhan IPTA melalui pungutan pingat dengan 10 Emas, 11 Perak dan 9 Gangsa dengan pasukan Ping Pong menghadiahkan 3 Emas dan 2 Perak.

20479938 1492240410836987 999566412216050658 n

USM terus mengorak langkah memburu pingat apabila pasukan Hoki berjaya menempah tempat di peringkat separuh akhir bertemu Universiti Putra Malaysia (UPM) jam 8.30 pagi esok.

Antara acara lain melibatkan kontinjen USM di hari keempat kejohanan:

Bola Sepak
USM - UM
Masa: 4.45 petang

Badminton (Veteran)
USM-UTHM
Masa: 8.30 pagi
USM-UPM
Masa: 4.00 petang

Badminton (Senior)
USM - UPSI
Masa: 11.30 pagi

Bola Tampar
USM - UKM
Masa: 8.30 pagi

Tenis
USM - UPSI
Masa: 8.15 pagi

Tenpin Bowling
Bergu L/W

Petanque
Bergu L/W

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1416

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024