USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBA ILMU KEPIMPINAN DI DEWAN RAKYAT, PERKASA PEMAHAMAN BELIA MENGENAI TN50

20106272 1338933532894961 8349908949199612381 n

Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 yang melabuhkan tirainya pada 19 Julai 2017 lalu telah menyaksikan seramai 10 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih untuk ke persidangan ini termasuk seorang ahli Majlis Pewakilan Pelajar USM (MPPUSM) daripada kampus USM-KLE International Medical Programme, India.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Pewakilan Pelajar USM, Mohd Hazim Abdul Manaf, ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan pelbagai perkara telah dipelajarinya termasuk berkenaan kepimpinan melalui sesi perbahasan antara ahli daripada Institusi pendidikan tinggi.

Tambahnya, ini juga satu pendedahan yang sangat baik untuk melahirkan pemimpin dalam kalangan belia kini dan beliau merasakan peluang keemasan ini sangat bernilai kerana dapat mewakili USM dalam program besar sebegini.

Sementara itu, Naib Yang Di-Pertua MPPUSM, Mohd Uzair Ahmad pula melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang sebagai wakil dari USM dan membahaskan usul mengenai TN50 iaitu :

  1. Mahasiswa hari ini perlu set-up kerangka nasionalisme untuk 33 tahun akan datang, dari segi definisi, objektif, konsep, cabaran, halangan dan kaedah menghadapi TN50.
  2. Mahasiswa hari ini perlu memainkan peranan bermula dari sekarang untuk mencetuskan polemik tentang kerangka ini bagi meningkatkan kesedaran awam dan sekaligus berfungsi sebagai agen penerangan sehingga masyarakat memahami TN50.
  3. Mahasiswa hari ini perlu bertindak sebagai suri teladan kepada pembentukan generasi 2050 yang boleh bersatu dalam perbezaan dan menjadikan perbezaan sebagai asas kekuatan, bukan punca keruntuhan.

20046856 1338933529561628 7506502346187853751 n

Bagi Uzair, persidangan sebegini adalah satu platform yang mengangkat suara mahasiswa terkehadapan bagi membentuk Tamadun Malaysia dalam 33 tahun akan datang.

Persidangan Parlimen Mahasiswa ini telah berlangsung sejak tahun 2015 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah mempunyai lebih 600 alumni.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1700

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024