USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM BERBAKTI DI VIETNAM DALAM PROGRAM SUKARELAWAN SISWA

WhatsApp Image 2017 07 24 at 3.54.52 PM

PULAU PINANG, 20 Julai 2017 - Pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Shahid Dzayuddin bertuah kerana terpilih ke program Sukarelawan Siswa anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang dijadualkan diadakan di Vietnam pada 16 Julai 2017 hingga 16 Ogos 2017.

Shahid akan menjalankan misinya di Kampung Nhuan Du, daerah Chu Ci, Vietnam. Dia turut diberikan penghormatan dalam program ini untuk menjaga bahagian Kluster Pendidikan.

Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Datuk Zuraidah Atan turut ikut bersama para peserta untuk program ini.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dilancarkan pada tahun 2012 sebagai entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan mendokong visi untuk membangunkan Malaysia sebagai hub sukarelawan pelajar dan menghasilkan ikon sukarelawan pelajar global.

YSS bertekad untuk melaksanakan misinya untuk menggalakkan, mendidik dan membimbing pelajar institusi pendidikan tinggi untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat melalui jaringan komuniti di dalam dan di luar negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1348

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024