USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENDAFTAR BERI TAKLIMAT TATACARA PEMILIHAN PROFESOR SEBAGAI AHLI SENAT 2017-2020

EAM 2713 800x600

USM, PULAU PINANG, 13 Julai 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha menghasilkan tadbir urus yang baik selaras dengan statusnya sebagai sebuah universiti bertaraf APEX, telah memperkenalkan kaedah pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat pada tahun 2011 sebagai salah satu inisiatif yang baharu.

Pendaftar USM, Profesor Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin berkata, USM ialah universiti awam pertama di Malaysia yang mengadakan pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat menerusi kaedah pengundian bagi pelantikan 2011-2014 dan kemudiannya bagi sesi 2014-2017, proses pemilihan dibuat secara elektronik (e-undi).

“Pemilihan secara e-undi Senat ini didapati mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses kerja selain menjimatkan masa dan kos, justeru itu ia akan diteruskan untuk pemilihan kali ini,” tambahnya ketika berucap semasa sesi Taklimat Tatacara Pemilihan Profesor Sebagai Ahli Senat Bagi Sesi 2017-2020 di sini, hari ini.

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua Pegawai Tadbir PTJ dari Gred 41 hingga 54 mengenai tatacara pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat USM dengan harapan ia dapat memantapkan kompetensi dalam kalangan pegawai tadbir.

EAM 2707 800x600

Mengikut Perlembagaan USM [Seksyen 24(1)], sejumlah 46 kerusi keanggotaan Senat Universiti diperuntukkan kepada Profesor yang dipilih bagi mewakili Pusat Pengajian/Institut/Pusat Kecemerlangan masing-masing iaitu Pusat Pengajian (24), Institut (2), Pusat Kecemerlangan (2), Kerusi Kampus Induk (12), Kejuruteraan (3) dan Kesihatan (3).

Yang hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penasihat Undang-undang USM, Dr.  Khairul Anuar Che' Azmi dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Dr. Musa Hj. Ali.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1136

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024