USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM TERSENARAI DALAM FELO PERDANA

18199330 1473278542733174 1479184784405165237 n

PULAU PINANG, 13 Julai 2017 – Penuntut jurusan perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Syahir Mohamad Isa tersenarai sebagai Felo Siswa bagi Program Felo Perdana 2017, yang diwujudkan khusus dalam melahirkan generasi pemimpin berkaliber untuk masa depan.

Beliau terpilih menyertai sekumpulan 85 orang Felo Perdana yang dilantik pada tahun ini. Program berkenaan menjadi inisiatif kerajaan untuk melahirkan golongan belia yang cemerlang, berketrampilan dan berdaya saing bagi mendepani cabaran dan isu semasa khususnya di era 4IR (Revolusi Industri ke-4).

Memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Utusan Online, beliau menyifatkan program itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai peranan generasi millennia serta bakat-bakat baharu.

“Alhamdulillah, setakat ini, termasuk pengambilan tahun 2017, sebanyak 403 orang Felo Perdana telah dapat kita lahirkan melalui program ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana 2017 kepada Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Muhammad Syahir ketika ini sedang mengikuti jurusan perubatan tahun akhir (sesi 2017/2018) di USMKLE, Belgaum, India.

19989228 1473278539399841 3148473486116321786 n

Beliau yang juga merupakan bekas Presiden Medical Society (MedSoc) dan MPP, USMKLE, menzahirkan rasa syukur dan bertuah di atas pemilihan turut berpendapat bahawa generasi muda negara hari ini hendaklah melengkapkan diri dengan kebolehan kapasiti yang meluas agar pemacuan ke arah negara yang gemilang mampu dilaksanakan bersama pada masa akan datang.

Selain Muhammad Syahir, seorang lagi pelajar USM, Iffah Sulaiha turut terpilih sebagai Felo Siswa pada tahun ini.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1397

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024