USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MENINGKAT KE NO. 23 DALAM SENARAI PENARAFAN QS TOP 50 UNDER 50 2018

20046328 1473115192749509 5782590474014384648 n

PULAU PINANG, 13 Julai 2017 – USM berada di kedudukan ke-23 dalam senarai QS World University Rankings Top 50 Under 50 2018 yang diumumkan baru-baru ini.

Pada tahun sebelumnya, USM berada di kedudukan ke-33.

Mula diperkenalkan dalam tahun 2012, penarafan ‘QS Top 50 Under 50’ ini meraikan universiti di bawah usia 50 tahun penubuhan yang cemerlang di serata dunia.

Pencapaian tersebut juga menunjukkan bahawa USM telah mengatasi pencapaian beberapa universiti cemerlang dunia seperti University of South Australia (26), Deakin University (29) dan Griffith University (32).

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata bahawa pencapaian tersebut mencerminkan potensi USM sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang terbaik di dunia.

Menurut beliau, ini juga adalah hasil pengukuhan asas-asas  USM, komitmen tinggi dari staf akademik serta bukan akademik dan sokongan berterusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi  Malaysia.

  • Created on .
  • Hits: 1187

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024