USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM WUJUDKAN GOBOK SYURGA

kejut 46

NIBONG TEBAL, 16 Jun 2017 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail melancarkan Gobok Syurga bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Naib Canselor USM di Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.

Gobok Syurga bertujuan untuk menggalakkan amalan bersedekah dalam kalangan warga kampus yang boleh dilakukan bila-bila masa di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM.

“Perkara ini adalah selaras dengan prinsip dalam Islam yang menggalakkan umatnya untuk selalu bersedekah terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini,” tambah beliau.

kejut 5t

kejut 89

Selain daripada itu, Naib Canselor melalui ucapan beliau turut sama memuji inisiatif yang diambil oleh Pusat Islam dalam meraikan mereka yang kurang bernasib baik melalui sumbangan Happy Ramadhan USM 2017.

Mereka yang menerima sumbangan adalah dari kalangan mereka yang terpilih iaitu mahasiswa USM, Keluarga Sahabat Pusat Islam serta warga USM Kampus Kejuruteraan.

kejut 48

“Saya mewakili seluruh warga USM mengucapkan syukran jazillah atas sumbangan yang tidak terhingga ini.

“Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu sistem zakat secara 'cashless' yang boleh dilaksanakan kepada kakitangan tertinggi USM dalam memudahkan kami semua untuk memberi sumbangan melalui potongan elaun-elaun tertentu mengikut kadar yang telah dipersetujui,” tambah Asma.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut menyampaikan sumbangan kepada 10 kanak-kanak yang menghidap kanser dari Pertubuhan Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara.

kejut409

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, turut menyeru agar warga kampus mengejar sebanyak mungkin keberkatan dalam bulan Ramadhan ini dengan melakukan amal ibadah secara maksimum.

“Malah, medium yang telah diwujudkan oleh Pusat Islam seperti Gobok Syurga dan juga Majlis Berbuka Puasa seperti ini harus dijadikan salah satu daripada galakan untuk kita semua bersedekah dan terus berbuat kebaikan tanpa mengira masa,” kata Azazi di majlis yang dihadiri oleh 150 orang termasuk dari kalangan pegawai dan kakitangan USM.

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pendaftar, Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Bin Tajuddin.

  • Created on .
  • Hits: 1405

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024