USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

nurse 1

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan.

Tanggal 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat Sedunia dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) meraikannya pada hari ini bertemakan “Nurses: A Voice to Lead, Achieving the Sustainable Development Goals” bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, seorang jururawat yang berjaya di sisinya ada seorang suami atau isteri yang memahami dan menjadi pendorong utama.

nurse 2

“Saya yakin bahawa penganjuran sambutan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi dalam kesibukan kita mengendalikan operasi sebuah hospital sebesar ini dan ia patut mendapat pujian.

“Jika kita ingin membina sebuah negara yang berjaya, kualiti kesihatan dan kejururawatan harus kita jaga dan tingkatkan, bukan bermakna kita harus mempunyai ramai jururawat tetapi perlu mempunyai kualiti dan kompeten di dalam penawaran tahap penjagaan kesihatan yang terbaik,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Hospital USM 2017.

nurse 4

Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Kejururawatan merangkap Pengerusi Program Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Hospital USM 2017, Raudzah Hj. Mohamed Ariffin pula, International Council of Nurses (ICN) memilih tema tersebut untuk tahun ini supaya ia lebih memberi impak kepada semua jururawat secara global.

“Memandangkan jururawat adalah orang yang paling dekat dengan pesakit, maka jururawat seharusnya mempunyai ‘critical thinking’ semasa memberi perawatan dan bukan membuat kerja secara membuta tuli,” katanya ketika memberi ucapan aluan.

Seramai 250 orang jururawat hadir di majlis tersebut.

nurse 9

Yang turut hadir, Pengarah Kampus Kesihatan merangkap Pengarah Hospital USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalan Pengarah Kanan Klinikal, Dr. Nik Min Ahmad; Timbalan Pendaftar Pengurusan Hospital, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Dato’ Dr. Ahmad Zakaria serta pegawai-pegawai utama universiti.

Untuk rekod, USM mempunyai kira-kira 1,600 orang jururawat yang merupakan 17% daripada jumlah keseluruhan staf USM.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria/Foto: Mohd Rizuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 2363

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024