USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FASILITI USM LANCARKAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TARIK TALI PIALA KETUA POLIS NEGARA 2017

18119495 1298395963548276 5712807511780205602 n

USM, PULAU PINANG, 9 Mei 2017 - Kejohanan Olahraga Dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2017 yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2017 lalu di Stadium Olahraga, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini berakhir dengan jayanya.

Menurut Wakil Kontingen Johor, Inspektor Mohamad Mustakin Najri G/23163, kejohanan sepanjang 4 hari ini berlangsung dengan cemerlang dan jayanya.

"Perkara ini disokong dengan bantuan USM dari segi pemberian perkhidmatan fasiliti yang terbaik serta lokasi kejohanan iaitu stadium yang juga baik justeru melicinkan kelancaran kejohanan ini," ujarnya yang juga merupakan penolong pengurus kontingen Johor dan atlet 4x400m.

Kejohanan 4 hari ini disertai seramai lebih 600 orang atlet dari 23 Kontingen Dan Formasi PDRM seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam 23 acara sukan dan tarik tali. Kontingen Selangor diumumkan sebagai juara keseluruhan kejohanan.

18341989 1661825487178103 2516087228975768880 n

Majlis Penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman yang mewakili Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Sri Mohd Mokhtar bin Hj Mohd Shariff.

Turut hadir adalah Ketua Polis Kuala Lumpur YDH CP Dato' Amar Singh Ishar Singh; Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman YDH DCP Datuk T.  Narenasagaran; Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga Dan Tarik Tali Piala KPN 2017 YDH DCP Dato' Roslee bin Chik; Timbalan Pengarah StaRT Bukit Aman YDH DCP Dato' Mat Kasim bin Karim; Ketua Polis Terengganu YDH DCP Dato' Aidi bin Ismail; dan Pengarah Jabatan Keselamatan USM Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy yang mewakili Naib Canselor USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1672

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024