USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MUNCUL NAIB JOHAN KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK 2017

IMG 4899

PULAU PINANG, 1 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya muncul naib johan dalam kejohanan futsal Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung antara USM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), USM tumpas 2-1 dalam perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan.

IMG 4898 3

bola 34

Menurut pengurus pasukan, Azlisufryzal Bunizar, walaupun USM hanya berjaya muncul naib juara dalam edisi kali ini, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang para pemain yang berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Walaupun mengharungi banyak perlawanan peringkat kumpulan dan terpaksa beraksi sehingga ke ‘sudden-death penalty’ semasa perlawanan separuh akhir menentang Bank Simpanan Nasional (BSN), namun dengan kesungguhan dan kecergasan yang tinggi, kami berjaya melepasi semua halangan.”

Tambahnya lagi, pasukan Futsal USM sepatutnya boleh berbangga dengan kejayaan ini, kerana mereka tumpas kepada pasukan yang majoriti pemainnya sedang beraksi dalam Futsal Liga Felda Kebangsaan.

IMG 4895 1

 bola 8

Untuk rekod, USM juga merupakan naib johan dalam kejohanan sama pada tahun 2016, juga tumpas kepada MBPP.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini, yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hospital Pulau Pinang (HPP), Jabatan Veterinar, Jabatan Botani, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP), Jabatan Kimia, Jabatan Kebajikan, Jabatan Muzium Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (DTL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Teks: Mohamad Danial Shahri/Foto: Ihsan FB MBPP

  • Created on .
  • Hits: 1897

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024