USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA MENTERJEMAH DAN MENJAYAKAN VISI DAN MISI USM APEX

18198488 10212612898021783 4892788764852410213 n

BELUM, PERAK, 27 April 2017 - Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Dr. Musa Hj. Ali meminta agar semua pentadbir memahami dan melaksanakan Pelan Strategik USM APEX.

"Pastikan apa yang dirancang sebagai visi dan misi kita dapat benar-benar dilaksanakan kerana perancangan strategik perlu tindakan susulan, bukannya “one-off planning”,” kata Musa.

Bercakap kepada kira-kira 40 orang pegawai yang menghadiri Makmal Pelan Strategik Jabatan Pendaftar, Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam (PIPPA) itu juga berkata, usaha bersungguh-sungguh perlu dibuat dalam memberikan pengiktirafan sebagai pakar dan sub-pakar dalam kalangan pentadbiran bagi memperkasakan pentadbiran dan tidak berfokus kepada hal-hal remeh-temeh.

Jelas Musa, banyak perancangan gagal dilaksanakan apabila tidak dibuat secara berterusan dengan pemantauan apatah lagi kejayaannya sering mengambil masa yang panjang.

Untuk itu, beliau meminta agar dilakukan penjajaran atau alignment dalam perancangan strategik yang dibuat dengan dasar seperti PPPT PT dan cabaran-cabaran lain yang melanda.

"Kita juga perlu ada "business model" dalam menghadapi cabaran ekonomi sekarang serta sentiasa berfokus kepada usaha membangunkan kompetensi terutamanya yang bersifat fungsian, generik dan khusus (core competency)," tegas beliau.

Jelas Musa, cabaran terbesar ialah untuk para pentadbir memahami hala tuju universiti dan menterjemahkan di peringkat jabatan.

"Kita semua perlu kuatkan semangat untuk memastikan perancangan strategik dapat diterjemah kepada pelaksanaan yang melangkaui 2020  dan dipantau secara berterusan, kerana tanpa usaha seperti ini sukar untuk memastikan kejayaan perancangan yang dibuat," tegas beliau lagi.

Beliau juga menyeru agar para pentadbir muda mengambil kesempatan ketika menghadiri makmal seperti ini dengan memain peranan menjayakan usaha yang dibuat.

Makmal 3 hari anjuran Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar itu yang dirasmikan oleh Pendaftar Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin turut diisi dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam kalangan masyarakat orang asli.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1199

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024