USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PUSAT PENGAJIAN SENI HASILKAN MURAL CANTIKKAN BANDAR WARISAN TAIPING

untitledgfhgfh

USM, PULAU PINANG, 25 April 2017 – Bandar Warisan Taiping, Perak kini berubah wajah apabila sekumpulan pelajar jurusan Seni Halus, Pusat Pengajian Seni (PPS), Universiti Sains Malaysia (USM) menyumbang kepakaran dalam menghasilkan visual sekitar Bandar Taiping di beberapa lokasi terpilih.

Projek kerjasama penghasilan mural di sekitar bandar Taiping ini merupakan inisiatif Unit Warisan Jabatan Perancangan & Pembangunan Bandar Majlis Perbandaran Taiping, Perak bertujuan untuk penjenamaan semula dan pemuliharaan Bandar Taiping sebagai Bandar Warisan.

taiping 1

taiping 22

Pensyarah bahagian Seni Halus PPS USM, Dr. Khizal Saat berkata, penghasilan mural ini merupakan salah satu strategi Pembangunan Bandar Warisan yang menggunakan elemen visual sebagai satu komponen untuk memberi impak kepada pembangunan warisan khususnya warisan tidak ketara.

“Dengan penyertaan seramai 18 pelajar jurusan Seni Halus, berserta dua orang pensyarah pengiring dan dua orang staf pembantu, sebanyak tiga buah lukisan mural berjaya disiapkan. Ianya mengambil masa selama dua hari berturut-turut bagi melengkapkan mural tersebut,” tambahnya.

TAIPING 3

Jelasnya lagi, melalui kerjasama ini secara tidak langsung telah membuka ruang kepada pihak Universiti dan Kerajaan tempatan bagi memanfaatkan tenaga mahir dalam kalangan pelajar Seni Halus dan seterusnya menggalakkan para pelajar dalam menyumbang kemahiran mereka bagi masyarakat setempat.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1883

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024