USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAZARYAMAT CORPORATION BUKTI KEJAYAAN SEORANG USAHAWAN MUDA

18009055 1395049150534285 1191442751 n

USM, PULAU PINANG, 16 April 2017 – Tahun 2014 merupakan tahun bersejarah bagi usahawan muda Universiti Sains Malaysia (USM), Nazar Yamat dengan kejayaan pembukaan rasmi kedai Fotografi di Uptown Mall, USM.

Nazar bermula pada awalnya dengan memberi perkhidmatan di bilik sahaja iaitu di Desasiswa Restu empat tahun yang lalu semasa melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Grafik Komunikasi).

Nazar kini melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam pengkhususan Seni (Mod Penyelidikan) dan atas berkat dan usaha gigih usahawan muda ini, beliau dapat menjalankan perniagaanya dengan bantuan daripada penyelianya sendiri iaitu Dr. Muhizam Mustafa yang sedang berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Keantarabangsaan, Mobiliti dan Kolaborasi Universiti (IMCC).

18035449 1395049153867618 1500178600 n

Nazaryamat Corporation menyediakan perkhidmatan fotografi, videografi, rekaan grafik serta percetakan.

“Saya mengambil peluang yang disediakan oleh pihak USM untuk melakukan perniagaan di sini dan Pusat Keusahawanan Universiti (PKU) telah banyak membantu dalam menguruskan syarikat sendiri, kewangan serta menguruskan dokumen syarikat.

“Demi masa hadapan, seseorang itu haruslah mempunyai usaha untuk mencari ilmu dan matlamat yang tinggi untuk berjaya dan saya juga berharap agar pelajar USM menggunakan platform yang disediakan untuk menjadi seseorang yang lebih berjaya suatu hari nanti,” tegas Nazar.

“Saya mengimpikan untuk mewujudkan satu wisma yang mempunyai studio fotografi, grafik dan perkhidmatan pencetakan secara tetap. Untuk mendapatkan sesuatu, kita tidak boleh mudah mengalah dan kita seharusnya berusaha untuk mendapatkannya,” tegas Nazar lagi.

18051895 1395049320534268 2068110894 n

Antara tip yang dikongsi oleh Nazar ialah menjaga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa dan orang sekeliling kita, selain daripada sentiasa bersikap positif, tidak tidur selepas subuh dengan membaca al-quran setiap awal pagi, mengamalkan solat sunat dhuha setiap pagi, selalu menelefon ibu bapa kita dan sedekahkan al-fatihah kepada mereka.

Nazar menjadikan ibunya sebagai pendorong utama dalam melakukan perniagaan beliau sehingga hari ini. Sementara itu, idola Nazar pula ialah Nabi Muhammad S.A.W yang dahulu kala juga seorang peniaga. Nazar juga mempunyai mentor yang mengajar beliau iaitu Azizan Osman, pensyarah USM dan PKU USM.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail

  • Created on .
  • Hits: 2148

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024