USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC AA DILANTIK KOMANDAN KOR SISPA USM, PENGARAH KAMPUS KESIHATAN SELAKU TIMBALAN KOMANDAN

EAM 9164

USM, PULAU PINANG, 12 April 2017 - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim masing-masing dilantik sebagai Komandan Kor Sispa USM dan Timbalan Komandan Kor Sispa USM Kampus Kesihatan dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Yang Amat Setia Mejar Jeneral Dato' Azmy Haji Yahya (Bersara).

jpam 45

Turut hadir ke majlis ini adalah Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang Kolonel (PA) Pang Ah Lek dan Timbalan Komandan Kor Sispa USM Kampus Induk Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman.

Majlis turut diserikan dengan perasmian bangunan Kor Sispa USM yang terletak di bangunan L08 berhampiran Desasiswa Indah Kembara.

EAM 9188

Kor Sispa USM ditubuhkan secara rasmi pada 2015 dengan pengambilan kadet seramai 102 orang pada sidang akademik 2015/2016 dan seramai 51 orang pada sidang akademik 2016/2017.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1476

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024