USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN BAKAT MELALUI MyHR@USM

pendaftar113

USM, PULAU PINANG, 11 April 2017 – Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin telah mengadakan sesi Pendengaran Awam (TownHall session) bersama Pegawai Tadbir USM Siri 1/2017 bertemakan “Realising Transformation: Strengthening Human Resource”.

Pemantapan sistem pengurusan bakat ini adalah melalui penggunaan sistem MyHR@USM yang lebih komprehensif serta data dan maklumatnya adalah ‘real time’.

pendaftar59

Melalui penggunaan sistem ini juga, data keseluruhan bakat di USM akan dikemaskini dari semasa ke semasa temasuk permohonan cuti bagi setiap kategori seperti cuti bersalin, belajar, sabatikal, penyelidikan, kecemasan dan rehat serta keseluruhan bakat untuk setiap Pusat Tanggungjawab.

pendaftar2

Pendaftar juga menerangkan kepada semua mengenai Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS) melalui 4 Tracks iaitu bagi mengekalkan bakat staf akademik selepas bersara secara lantikan, panduan pelaksanaan sistem laporan penilaian prestasi (LPP), Dasar Pemisah (Exit Policy) dan Arahan Perbendaharaan (AP59).

Lebih daripada 100 Pegawai Tadbir USM hadir dalam sesi Pendengaran Awam ini termasuk Pengarah Bahagian Sumber Manusia USM, Dr. Musa Ali.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1224

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024