USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USMKLE TERLIBAT JAYAKAN PROGRAM SESI BERSAMA PELAJAR DAN KOMUNITI MALAYSIA DI INDIA BERSAMA PERDANA MENTERI

 17757275 1360684050659291 6479027711952200459 n

1 April 2017 - Seramai 28 orang pelajar USMKLE telah terlibat bersama dalam menjayakan program Sesi Bersama Pelajar dan Komuniti Malaysia di Chennai, India bersama Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Program ini dijalankan bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke India dari 30 Mac sehingga 4 April dalam pertemuan beliau bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Beberapa amanat penting telah disampaikan oleh Najib kepada pelajar-pelajar yang hadir dalam menjadi seorang graduan atau doktor yang cemerlang seterusnya dapat berkhidmat kepada negara.

Dalam program tersebut, Muhammad Syahir Bin Mohamad Isa, pelajar tahun 4 USMKLE juga selaku Presiden Kelab UMNO Luar Negara India mewakili mahasiswa-mahasiswa Malaysia di India telah diberi kesempatan untuk duduk bersama Najib.

Berpeluang berinteraksi secara langsung bersama Perdana Menteri Malaysia itu, Muhammad Syahir, berpendapat Najib merupakan seorang yang berjiwa rakyat dan peka terhadap keperluan negara dalam membawa Malaysia untuk terus bergerak ke hadapan dalam menongkah arus globalisasi.

Menyentuh kepada visi Transformasi Negara 2050 (TN50), Muhammad Syahir berpendapat, golongan muda hendaklah  memanfaatkan platform tersebut dengan menyumbangkan idea dan aspirasi dalam membentuk pembangunan negara khusus mengikut acuan kita sendiri.

Turut membanggakan, Pelangi Band, sebuah kumpulan muzik yang terdiri dari 9 orang pelajar USMKLE yang memenangi Battle of Fusion di International Youth Umang Festival baru-baru ini telah membuat persembahan live band di hadapan tetamu yang hadir dengan membawa tiga lagu iaitu Satu Malaysia, Dirgahayu dan Janam Janam.

Selepas Chennai, Najib akan ke New Delhi dan Jaipur, bertujuan untuk merapatkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan India sempena hubungan diplomatik selama 60 tahun.

Teks: Izam Fairus Kamaruddin




  • Created on .
  • Hits: 1444

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024