USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROJEK BERKONSEP 'JOB CREATORS': USM RANGKUL ANUGERAH DUTA JAUHAR 3:0

17426148 1354953444565685 4347752543651626313 n

PASIR GUDANG, 26 Mac 2017 - Dengan menggunakan konsep mencipta pekerjaan (Job Creators), sepasukan 8 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bersama 10 belia kini berjaya menjana pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan dengan projek Cuci Kereta Bergerak (RLE J-Force, Mobile Carwash).

Mereka juga menerima pengiktirafan apabila terpilih menerima Anugerah Permata (Anugerah Keseluruhan) Duta Jauhar 3:0 di dalam Majlis Kongres Duta Jauhar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala pusingan.

Ketua projek, Nursyahira Mustapha berkata, projek ini sangat memberi impak kerana ianya satu-satunya perkhidmatan cuci kereta secara mobile di Johor Bharu, Johor.

17523338 1354953477899015 3712582101531472739 n

Syahira juga berkongsi idea projek yang dirangka ini tercetus pada hujung tahun lepas di sebuah kedai tomyam dan akhirnya ia bukan hanya omongan kosong, tetapi telah membuahkan hasil yang memberansangkan.

"Perancangan masa depan kami ialah ingin memiliki sebuah francais dan akademi latihan bagi francais, seterusnya mempunyai francais tidak hanya di Johor Bahru tetapi di seluruh Malaysia," tambah pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini.

17522714 1354953481232348 6092828067095749000 n

Duta Jauhar 1:0 telah dimenangi Universiti Malaysia Terengganu manakala Duta Jauhar 2:0 telah dimenangi Institut Teknologi Darul Takzim.

Duta Jauhar merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor.

Ia adalah sebuah program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1194

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024