USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF)

17426091 1351745344886495 4244358583711696042 n

LANGKAWI, Kedah 21 Mac 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bersama Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dalam projek recycling Carbon Fibre (rCF).

Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, universiti mengambil maklum mengenai potensi industri pada masa hadapan yang merangkumi dua bidang utama iaitu aeroangkasa dan minyak dan gas seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya.

17425958 1351745318219831 7055237970239082691 n

Menurut Naib Canselor, kolaborasi "Triple helix" yang melibatkan usahasama Universiti Awam(UA) , institusi penyelidikan dan industri merupakan satu contoh projek pemacuan berlandaskan industri yang mampu memberikan impak yang besar pada masa depan industri komposit negara.

Projek recycled Carbon Fiber (rCF) ini adalah selari dengan agenda kelestarian universiti dan ianya menepati bidang penyelidikan fokus USM iaitu "Waste to Wealth".

Menurut sumber CTRM, pengeluaran pelbagai komponen kapal terbang dari bahan komposit carbon fibre menjana 310 ton sisa komposit setahun yang buat masa ini ianya dilupuskan di tapak pelupusan.

17457651 1351745404886489 8637867081402493009 n

USM melalui Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi "thermal pyrolysis" yang akan digunakan untuk menukarkan sisa komposit carbon fibre menjadi rCF berkualiti yang berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai industri. Ini secara tidak langsung akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti hiliran.

Majlis pertukaran MoA ini diadakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA'17) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi dan pada tahun ini buat pertama kalinya disertai oleh 36 buah negara dalam pameran udara dan maritim yang berlangsung dari 21 sehingga 25 Mac.

17457501 1351745311553165 7502835386122420445 n

Hadir sama Pengarah SERC Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin 

  • Created on .
  • Hits: 1110

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024