USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI KERJA SOSIAL SEDUNIA 2017 – PROMOSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN PERSEKITARAN

17457498 161722811014747 8436523281904798429 n

USM, PULAU PINANG, 18 Mac 2017 – Bidang kerja sosial merupakan satu profesion profesional dan telah memberi sumbangan besar kepada golongan yang memerlukan, namun begitu bidang ini tidak dikenali ramai kerana tidak mempunyai akta yang diluluskan oleh perlembagaan.

Demikian ujar Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlinda Azman yang turut menyatakan Akta Kerja Sosial di Malaysia kini dalam proses penggubalan setelah diperjuangkan dan akan dibentangkan di Parlimen kelak.

17426011 161721731014855 234633930155629795 n

Katanya, dengan penglibatan empat buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan USM dalam Program Simposium Mahasiswa Kerja Sosial 2017 ini, ianya sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar melalui perkongsian buah fikiran berkaitan isu-isu penting bidang kerja sosial,” jelas Azlinda lagi semasa merasmikan simposium di Dewan Pembangunan Siswa 2, Kompleks Cahaya, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia bertemakan Promoting Community and Environmental Sustainability yang disambut lebih awal pada tarikh yang sepatutnya iaitu 21 Mac 2017.

“Tema Hari Kerja Sosial Sedunia ini berfokus kepada peranan pekerja sosial untuk terus menyumbang ke arah mempromosi pembangunan komuniti dan persekitaran secara berterusan,” katanya.

17498571 161730781013950 7444643785779686162 n

17498592 161732414347120 6111952511128623372 n

Simposium ini yang bertemakan Mahasiswa Perintis Kepada Pembangunan Kerja Sosial di Malaysia menampilkan empat orang ahli panel iaitu Zul Aifaa Zolkapli (USM), Hanizah Baba (UKM), Mohamad Aizuddin Zamzam (UniSZA) dan Muhammad Shah Ruhiel Husin (UUM) yang membincangkan isu berkaitan bidang kerja sosial ini.

17309080 161722797681415 1255236734976081639 n

17457501 161725461014482 4553397111386636014 n

Yang turut hadir ialah Penasihat Kelab Kerja Sosial USM, Dr. Paramjit Singh Jamir Singh; Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Kelab Kerja Sosial tiga universiti tersebut di atas, wakil dari Agensi Pembangunan Wanita Timur Laut, Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Timur Laut, Agensi Antidadah Kebangsaan Timur Laut, pensyarah-pensyarah Kerja Sosial dan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Teks: Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 2379

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024