USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DELEGASI HATYAI UNIVERSITY PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN USM

17190402 1335432039851159 8575358392135379456 n

USM, PULAU PINANG, 7 Mac 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi tumpuan pelawat antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Hatyai University, Thailand yang diketuai oleh Dekan Didyasarin International College, Dr. Patcharee Scheb-Buenner.

Lawatan ini lebih memberi fokus kepada usaha kolaborasi antara kedua-dua universiti terutamanya dalam bidang mobiliti pelajar.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut hadir dalam mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.

Menurut Asma, USM komited dalam kerjasama yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Yang hadir sama dalam perjumpaan ini Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) USM, Dr. Muhizam Mustafa.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 937

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024