USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEKRETARIAT KESELAMATAN JALAN RAYA USM BERI PELUANG PELAJAR USM MILIKI LESEN MEMANDU

 16939566 912395165569039 6099006636409222200 n

USM, PULAU PINANG, 1 Mac 2017 – Sekretariat Keselamatan Jalan Raya Universiti Sains Malaysia (SKJRUSM) memberi peluang kepada pelajar USM mendapatkan lesen kenderaan melalui program 'Jom Dapatkan Lesen Siri 2'.

Yang Dipertua SKJRUSM, Hassan Azhar Mohamad Nor berkata, SKJRUSM menggalakkan pelajar USM mempunyai dan mendapatkan lesen kenderaan.

Katanya, program ini pernah dijalankan semasa tahun pertama penubuhan SKJRUSM pada awal tahun 2015 dan mendapat sambutan baik dengan 150 penyertaan daripada pelajar USM.

“Kebanyakan pelajar USM tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk keluar mendaftar lesen dan pihak kami telah membuka kaunter pendaftaran lesen di dalam USM dengan kerjasama bersama Pusat Memandu Mutiara, Pulau Pinang,” jelas Hassan.

Sementara itu, pengarah projek, Amierul Nieshal Aby Bakar Ahamad pula berkata, kaunter pendaftaran ini dibuka di Foyer Dewan Kuliah USM setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang sidang ini.

"Pusat Memandu Mutiara juga menyediakan pengangkutan untuk pelajar USM sepanjang kelas memandu berlangsung dan yang menarik, pelajar yang mendaftar di bawah SKJRUSM akan mendapat harga yang istimewa selain MYCSD juga turut disediakan," ujarnya.

Program Jom Dapatkan Lesen ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli SKJRUSM dengan matlamat untuk memudahkan pelajar USM mendapatkan lesen memandu.

Teks: Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (pelajar internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1527

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024