USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PP SAINS KIMIA ANJUR PROGRAM TITIAN KASIH BERSAMA KOMUNITI SIK KEDAH

 16649329 930030883805445 8314734587743822941 n

USM, PULAU PINANG, 20 Februari 2017 - Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Sains Kimia yang terdiri daripada pelajarnya telah bekerjasama untuk mengadakan program Titian Kasih di Kampung Pau, Sik, Kedah baru-baru ini.

16831145 930032300471970 2728607908585439147 n

16831204 930031297138737 6364673979450529371 n

Melalui program ini, sebanyak 4 keluarga daripada golongan terkebawah 'bottom billion' telah menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan harian dan juga barangan terpakai seperti baju, buku dan lain-lain.

16807470 930030817138785 8219695649669851319 n

16831062 930032273805306 620513894424849551 n

Menurut Ketua Program yang juga Penolong Pendaftar PPSK, Sheilawanis Abdul Karim, program ini bertujuan untuk memberi peluang dan mendedahkan staf dan pelajar tentang kehidupan masyarakat terkebawah 'bottom billion', di samping beramah mesra dan membantu keluarga terlibat untuk menceriakan persekitaran kediaman mereka.

Tambahnya, melalui program sebegini, beliau berharap anak-anak daripada keluarga terlibat ini tidak akan pernah putus asa dan terus berjuang untuk mengubah nasib keluarga mereka pada masa hadapan melalui sedikit sumbangan ini.

Beliau juga menegaskan bahawa kejayaan program ini juga adalah hasil kerjasama dan bantuan daripada Ketua dan Penduduk Kampung Pau.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1321

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024