USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MUHASABAH DIRI MENGHADAPI TAHUN BAHARU

untitledgfhggfhugft

USM, KUBANG KERIAN, 1 Januari 2017 - Sempena menyambut tahun baharu 2017, Pusat Islam, Kampus Kesihatan telah menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk 'Meniti Hari Esok' dan solat hajat yang berlangsung di Masjid Mukim Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud, melalui program ini, warga kampus dan masyarakat sekitar diseru untuk bermuhasabah diri masing-masing dalam menghadapi tahun baharu.

"Kita perlu mengunakan masa dengan sebaik mungkin kerana berlalunya masa bermakna baki kehidupan semakin berkurang dan ini penting dalam memenuhi tujuan kehidupan untuk pengabdian diri kepada Allah SWT supaya kita dapat meniti hari esok dengan lebih cemerlang dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi bekalan untuk akhirat," katanya.

surau699

Tambah Wan Nudri, kita adakan sekali dengan solat hajat supaya kita sama-sama dapat mendoakan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat agar diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk kehidupan lebih baik lagi di masa akan datang.

Penceramah jemputan yang juga pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Madya Dr. Azhar Muhammad dalam ceramahnya berkata, setiap manusia perlu merebut lima perkara dalam kehidupan ini iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

"Seseorang manusia akan tahu nilai sebenar kelima-lima perkara ini setelah kesemuanya hilang satu persatu, jadi mulai hari ini mulalah untuk menghargai setiap nikmat yang dikurniakan untuk dimanfaat dengan sebaiknya supaya kita akan menjadi manusia yang beruntung," ujar beliau.

surau358

Azhar turut menasihatkan agar setiap manusia perlu menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan bekalan yang cukup dan bermuhasabah diri untuk menghadapi kedatangan tahun baharu.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1018

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024