USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ORANG RAMAI DISERU BERI SUMBANGAN TABUNG ROHINGYA USM

15590470 914804781987429 7865268707778060843 n

USM, KUBANG KERIAN, 22 Disember 2016 - "Warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan orang ramai diseru untuk menyumbang kepada tabung kemanusiaan Rohingya bagi meringankan beban dan tangisan umat islam Rohingya yang sedang sengsara, ketakutan dan kelaparan di samping mendoakan kesejahteraan mereka," kata Pengarah Pusat Islam USM, Profesor Madya Dr. Sofri Yahya dalam ucapan perasmian sempena ceramah perdana ‘Darah dan Tangisan Rohingya' di sini hari ini.

"Melalui program ini, pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama warga kampus dan orang ramai keseluruhannya berkaitan penderitaan dan situasi semasa yang menimpa umat islam di seluruh dunia khususnya yang paling hampir dengan kita iaitu etnik Rohingya yang diusir dari kampung halaman oleh tentera Myanmar tanpa berperikemanusiaan," katanya yang menyifatkan program sebegini sangat digalakkan pihak pengurusan universiti kerana sesuai dengan salah satu teras APEX iaitu nilai kemanusiaan yang perlu dihayati oleh setiap warga USM.

15589688 914805055320735 1010352720262910322 n

15622345 914804851987422 8403781138079100851 n

Tambahnya lagi, untuk menjadi umat islam yang hebat di sisi Allah SWT, salah satu daripada sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah menyumbang kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada umat islam yang dalam kesusahan dan hidup menderita sama ada menyumbang dalam bentuk  kewangan, makanan, harta, idea, kepakaran ilmu dan teknologi, serta sumbangan masa dan tenaga sebagai sukarelawan tanpa mengharapkan upah.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan dengan kerjasama daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM dan dihadiri kira-kira 200 peserta.

15697576 914805148654059 1217568711108199251 n

15665427 914805115320729 51712144930770183 n

15697284 914804888654085 1610181717170038336 n

Yang turut hadir adalah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 1209

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024