USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MANTAN AHLI-AHLI LGU DIRAI

IMG 0204

PULAU PINANG, 21 Disember 2016 – Mantan ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah tamat perkhidmatan pada tahun 2016 dirai dalam Majlis Makan Malam Junjungan Budi yang sederhana tapi meriah di sini kelmarin.

Empat orang ahli yang diraikan adalah mantan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, ahli LGU mewakili Kementerian Kewangan Datuk Haji Mohd. Esa Abd Manaf, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Dato’ Dr. Susie See Ching Mey dan ex-officio Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed.

usm789

“Bagi pihak LGU, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada keempat-empat orang mantan ahli LGU yang kita raikan pada malam ini di atas sumbangan bakti dan buah fikiran ke arah pencapaian matlamat strategik universiti dan semoga ianya diberkati serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT,” kata Pengerusi LGU, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

“Penglibatan ahli-ahli LGU dalam menerajui universiti di samping menjalankan tugas mereka masing-masing dengan begitu dedikasi telah banyak membantu dalam perkembangan dan kejayaan universiti selama ini,” tambah Zulkefli.

“Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan tiga ahli LGU yang baharu iaitu Dr. Anuar Ariffin yang mewakili Kementerian Kewangan dan Dato’ Hj. Ahmad Ibnuhajar yang baru dilantik sebagai wakil masyarakat, dan juga ahli ex-officio LGU baharu Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim yang juga baru dilantik sebagai Penolong Naib Canselor/Pengarah Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan.

“Saya percaya kehadiran tokoh-tokoh baharu ini akan memberi erti yang besar kepada LGU dalam melaksanakan peranannya sebagai badan berkuasa utama universiti. Tahniah di atas pelantikan tersebut daripada kami semua,” kata Zulkefli lagi.

IMG 0230

bvjghj

“Saya mewakili semua mantan ahli LGU ingin memohon kemaafan serta mengucapkan terima kasih kepada semua,” kata Omar mewakili semua mantan yang diraikan.

“Saya berharap kami semua (mantan ahli-ahli LGU) masih dapat terus memberi sumbangan dalam kapasiti masing-masing bukan sahaja kepada universiti tetapi juga kepada pendidikan tinggi dan negara.

IMG 0234

IMG 0237

IMG 0241

hujuju

“Selamat maju jaya kepada semua ahli LGU dan juga Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan semoga dapat menaikkan USM ke tahap yang cemerlang,” tambahnya yang ditemani isteri, Datin Noraizan Jamaludin.

Turut hadir ialah isteri Pengerusi LGU, Puan Sri Norida Nachara Hamat; Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan suami, Dato’ Dr Ahmad Zakaria serta ahli-ahli Ex-Officio LGU.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1855

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024