USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RASYDAN TERIMA GERAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR BERNILAI RM10,000

15542462 1259913317403032 3308254552379171703 n

PULAU PINANG, 20 Disember 2016 – Rasydan Muhamad, calon Sarjana Sastera dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima geran bernilai RM10,000 dari Malaysian Nature Society (MNS) bagi meneruskan eskavasi tapak arkeologi di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Rasydan melahirkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut dan akan terus menjalankan kajian bagi menambah data arkeologi, survei potensi tapak dan kesedaran masyarakat di tapak tersebut seperti dalam kertas kerja yang telah dibentangkan.

“Alhamdulillah, saya adalah antara 10 penerima geran tersebut dan satu-satunya daripada USM.

“Permohonan untuk geran tersebut dibuat pada bulan April yang lalu dan seramai 22 orang terpilih untuk mengikuti MNS Young Environmental Research Grant - Workshop 2016 pada 17-18 Disember 2016 di Kuala Selangor Nature Park, Selangor,” kata Rasydan.

“Tema bagi geran tersebut adalah ‘Nurturing Young Researchers For Malaysian Natural Heritage’ dan tempoh kajian adalah dalam masa setahun.

“Geofizik di Gua Pelangi dimulakan pada April 2014 dan disusuli eskavasi lapangan pada April-Jun 2015, saya telah menemui alat batu (alat batu pebel, alat repeh) dan sisa makanan (cangkerang siput, tulang haiwan) pentarikhan dari 14,000 BP hingga 9,000 BP,” tambah Rasydan.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1156

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024