USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAFIZ BANTU PERAK JADI JUARA DAN LAYAK KE LIGA PREMIER SEPAK TAKRAW LEAGUE

untitledbnbncb

USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Mohamad Hafiz Bin Zulkifli telah membuatkan warga Universiti Sains Malaysia (USM) berbangga apabila dengan khidmat dan baktinya menyertai negeri Perak dalam Kejohanan Sepak Takraw League (STL) divisyen 1, ianya telah membawa Perak menjadi Juara STL Divisyen 1.

Menurut Hafiz, beliau amat bangga kerana berjaya menaikkan nama negeri Perak dengan menjadi juara divisyen 1 STL.

untitledvbfbfb

"Segala penat dan kerja keras dalam sesi latihan ternyata berbaloi apabila berjaya jadi juara dan kemenangan ini adalah sebagai hadiah kepada rakyat negeri Perak yang telah mendoakan kejayaan negeri," katanya.

Kejohanan Sepak Takraw League (STL) ini merupakan kejohanan tahunan sepak takraw terbesar di Malaysia anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Kejohanan ini juga banyak mengumpulkan pemain-pemain handalan yang turut juga mewakili pasukan Malaysia dan pasukan negeri, dan STL divisyen 1 terdapat 12 pasukan.

bvvbxvbbxcv

untitledvb vbvxb

Dua pasukan terbaik daripada divisyen 1 akan dinaikkan ke kategori premier pada tahun hadapan dan Perak antara pasukan yang layak ke Liga Premier.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 2658

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024