USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI AWAM (OMUA) 2016

untitledftydthdf

USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menyertai pertandingan akhir Olimpiad Matematik Universiti Awam (OMUA) 2016 yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Dekan PPSM, Profesor Dr. Hailiza Binti Kamarulhaili @ Harun, pusingan awal (saringan) telah dijalankan di Pusat Pengajian Sains Matematik, USM pada 24 September 2016 dan oleh kerana pertandingan saringan ini diadakan dalam notis yang singkat, hanya pelajar jurusan matematik tahun kedua dan ketiga USM telah dijemput untuk menyertai pusingan ini.

untitledgfhfd

Enam orang pelajar menyertai pertandingan ini dan empat orang pelajar telah dipilih untuk mewakili pasukan USM dan mereka ialah Tan Qi Huan, Chan Mun Chun, Chin Chee Yaw dan Wong Chin Fong.

Pasukan USM telah berjaya menjadi Johan untuk kategori berpasukan, diikuti oleh pasukan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Naib Johan dan tempat ketiga.

Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Prof. Dr. Noor Akma Ibrahim menyatakan bahawa pertandingan OMUA 2016 ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar pra-siswazah dalam menghadapi pertandingan Olimpiad Matematik peringkat universiti. 

untitledgjgfb 

untitledgfjgfj


"Ini juga sebagai persediaan awal kepada pelajar untuk menyertai Simon Marais Mathematics Competition, anjuran Persatuan Sains Matematik Australia, yang akan diadakan pada Oktober 2017," jelasnya.

Sementara itu, Tan Qi Huan dan Chan Mun Chun juga berjaya meraih tempat pertama dan ketiga untuk kategori individu. Pasukan USM telah diketuai oleh seorang pensyarah pengiring iaitu Profesor Madya Dr. Lee See Keong.

 Pemenang-pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, piala dan sijil kepujian. Chin Chee Yaw dan Wong Chin Fong masing-masing juga menerima sijil kepujian yang diberikan kepada 20 peserta individu terbaik.

untitledhjgfhjgf

Seramai 70 orang pelajar pra-siswazah daripada 16 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menyertai pertandingan akhir OMUA 2016 ini.

Pertandingan ini yang julung kali diadakan di Malaysia ini telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Malaysia (INSPEM) dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1475

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024